Di sekolah lama saya, iaitu SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR...saya telah menyertai kelab BCCC iaitu British Council Connecting Classroom...saya telah belajar cara merawat air sungai dan kumbahan dengan menggunakan BEBOLA LUMPUR. Ia juga boleh dijadikan baja organik serta kawalan penyakit dan musuh tanaman. Terdapat 7 cara membuat BEBOLA LUMPUR atau dipanggil MUD-BALL.








VIDEO ALAM

3R(REUSE,REDUCE,RECYLE)
CLIMATE

GLOBAL WARMING

EXTINCTION

Punca dan Tindakan

Pencemaran Air

  • Penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1977 dan 2000
  • Meningkatkan sistem rawatan air dan sisa pepejal
  • Mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk mengawal pencemaran Selat Melaka
  • Penguatkuasaan undang-undang laut antarabangsa
  • Program Kempen 'Cintai Sungai Kita'

Pencemaran Udara

  • Pemantauan kualiti udara berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
  • Pemeriksaan berkala kenderaan awam PUSPAKOM
  • Penggunaan alat 'catalytic converter' oleh kenderaan
  • Larangan pembakaran secara terbuka
  • Pengawalan kebakaran hutan
  • Menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik seperti LRT, Monorel dan ERL

Pencemaran Alam Sekitar

  • Menyediakan sistem pembuangan sampah berjadual dan pusat pelupusan sampah
  • Menggunakan bahan tenaga mesra alam misalnya tenaga suria, petrol tanpa plumbum dan minyak kelapa sawit "biofuel"
  • Menggalakkkan program kitar semula
  • Mewartakan hutan simpan dan penghutanan semula
  • Mewartakan hutan simpan dan penghutanan semula
  • Meningkatkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh

  • Penguatkuasaan Akta Perancangan Bandar dan Desa
  • Mengawal aktiviti penerokaan hutan utuk pembangunan terutamanya di kawasan cerun bukit

 


           

Penerokaan Hutan

Penerokaan hutan di kawasan cerun untuk projek pembangunan juga mendedahkan kawasan ini kepada hakisan tanah, tanah runtuh, dan banjir lumpur semasa hujan lebat. Misalnya, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 21.8, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (New Klang Valley Expressway) berhampiran Bukit Lanjan pada bulan November 2003.
Kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya 
Baru Lembah Klang


Pelepasan Asap

Pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang serta kebakaran hutan menyebabkan kejadian jerebu, hujan asid, dan peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera.


Punca dan Kesan
Hujan asid - Memusnahkan tanaman dan bangunan
Jerebu - Mengancam kesihatan
Peningkatan karbon dioksida - Kesan rumah hijau dan peningkatan suhu dunia


HUJAN ASID:
Air hujan yang bertindak sulfur dioksida dan oksida nitrogen di udara dan menghasilkan hujan asid


Proses pembandaran yang tidak seimbang dengan kemudahan-kemudahan pembetungan, perparitan, dan pembuangan sampah sarap yang tidak bersistematik menyebabkan berlakunya banjir kilat. Terdapat longkang-longkang dan sungai yang tersumbat dengan sampah sarap. Akibatnya, apabila hujan lebat turun, banjir kilat berlaku.

Banjir kilat di Kuala Lumpur




Punca dan Kesan Pencemaran Sungai dan Laut

Punca


  • Penggunaan baja kimia, racun serangga, dan racun rumpai dalam sektor pertanian
  • Pembuangan sisa organik dari kilang
  • Pelupusan sisa industri ke dalam tanah
  • Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan
  • Kegiatan pembalakan
  • Perlombongan petroleum dan gas asli


Kesan


  • Mencemarkan air dan mengancam hidupan akuatik
  • Mencemarkan sungai
  • Menjejaskan air bawah tanah
  • Mencemarkan air
  • Mencemarkan sungai dengan kelodak dan lumpur
  • Tumpahan minyak dan mencemarkan air laut