Peranan Agensi Alam Sekitar

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Peranan:

  • Menjalankan program penghutanan semula
  • Mewartakan taman negara, hutan simpan, dan taman marin
  • Menjalankan rawatan silvikultur(kaedah menebang sekeliling anak pokok yang berharga dan kaedah gelongan racun pada pangkal pokok)


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Peranan:

  • Memberi pendidikan pemeliharaan hutan
  • Melindungi taman-taman negara dan hidupan liar


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Peranan:

  • Membuat penyelidikan dan pembangunan bagi sumber hutan


Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Peranan:

  • Mentadbir dan menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekitar
  • Mencegah, mengawal pencemaran, dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dan undang-undang yang berkaitan dengannya              
  • Menganjurkan program memelihara dan memulihara alam sekitar melalui           pendidikan misalnya, program 'Sekolah Lestari _ Anugerah Alam Sekitar'           


Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Peranan:

  • Mengambil insiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar melalui pendidikan, kempen, dan program kitar semula        

Alam Flora Sdn. Bhd

Peranan:

  • Mengumpul dan membuang sisa-sisa pepejal secara mesra alam
  • Mengitar semula barangan terpakai atau terbuang      
Layari laman web berikut untuk mengetahui tentang UNDANG-UNDANG
MENGAWAL ALAM SEKITAR: