Apakah itu sumber tenaga alternatif ?
- Sumber tenaga selain daripada bahan petroleum, gas asli, dan arang batu
- Antara sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan ialah tenaga suria, tenaga angin, tenaga biomas, dan kuasa hidroelektrik
Mengapakah kita perlu menggunakan sumber tenaga alternatif ?
- Pada masa kini, sumber tenaga utama negara kita ialah petroleum dan gas asli
- Sektor industri dan komersial sahaja menggunakan lebih 80% daripada jumlah bekalan tenaga elektrik
- Kedua-dua sumber tersebut tidak boleh diperbaharui. Simpanannya juga adalah terhad
- Penggunaan sumber tenaga alternatif yang lain seperti tenaga suria boleh memelihara simpanan petroleum dan gas asli bagi jangka masa yang lebih panjang
Apakah kelebihan tenaga suria ?
- Sumber tenaga suria lebih murah dan boleh diperbaharui
- Penggunaannya tidak menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar
Bagaimanakah tenaga suria digunakan ?
- Tenaga suria dimajukan untuk:
(b)mengepam air
(c)lampu lebuh raya
(d)sistem pemantau cuaca
(e)sistem telekomunikasi
Sistem fotovoltan (PV)
- Bahang suria juga boleh digunakan untuk memanaskan air bagi tujuan mandi, membasuh peralatan dapur, dan mencuci pakaian
Good
ReplyDeleteGood your teks
ReplyDelete