Tenaga Suria Sumber Tenaga Alternatif Untuk Memelihara Alam Sekitar

Apakah itu sumber tenaga alternatif ?


  • Sumber tenaga selain daripada bahan petroleum, gas asli, dan arang batu                                                                   
  • Antara sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan ialah tenaga  suria, tenaga angin, tenaga biomas, dan kuasa hidroelektrik                                                     

Mengapakah kita perlu menggunakan sumber tenaga alternatif ?

  • Pada masa kini, sumber tenaga utama negara kita ialah petroleum dan gas asli                                                              
  • Sektor industri dan komersial sahaja menggunakan lebih 80%  daripada jumlah bekalan tenaga elektrik                                                       
  • Kedua-dua sumber tersebut tidak boleh diperbaharui. Simpanannya  juga adalah terhad                                                               
  • Penggunaan sumber tenaga alternatif yang lain seperti tenaga suria boleh memelihara simpanan petroleum dan gas asli bagi jangka masa yang lebih panjang                                                                                                                                          

Apakah kelebihan tenaga suria ?

  • Sumber tenaga suria lebih murah dan boleh diperbaharui
  • Penggunaannya tidak menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar                                                       

Bagaimanakah tenaga suria digunakan ?

  • Tenaga suria dimajukan untuk:
(a)tanda jalan
(b)mengepam air
(c)lampu lebuh raya
(d)sistem pemantau cuaca
(e)sistem telekomunikasi

Sistem fotovoltan (PV) 
  • Bahang suria juga boleh digunakan untuk memanaskan air bagi tujuan mandi, membasuh peralatan dapur, dan mencuci pakaian                                               





Peranan Agensi Alam Sekitar

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Peranan:

  • Menjalankan program penghutanan semula
  • Mewartakan taman negara, hutan simpan, dan taman marin
  • Menjalankan rawatan silvikultur(kaedah menebang sekeliling anak pokok yang berharga dan kaedah gelongan racun pada pangkal pokok)


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Peranan:

  • Memberi pendidikan pemeliharaan hutan
  • Melindungi taman-taman negara dan hidupan liar


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Peranan:

  • Membuat penyelidikan dan pembangunan bagi sumber hutan


Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Peranan:

  • Mentadbir dan menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekitar
  • Mencegah, mengawal pencemaran, dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar dan undang-undang yang berkaitan dengannya              
  • Menganjurkan program memelihara dan memulihara alam sekitar melalui           pendidikan misalnya, program 'Sekolah Lestari _ Anugerah Alam Sekitar'           


Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Peranan:

  • Mengambil insiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar melalui pendidikan, kempen, dan program kitar semula        

Alam Flora Sdn. Bhd

Peranan:

  • Mengumpul dan membuang sisa-sisa pepejal secara mesra alam
  • Mengitar semula barangan terpakai atau terbuang      
Layari laman web berikut untuk mengetahui tentang UNDANG-UNDANG
MENGAWAL ALAM SEKITAR:


Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Langkah Pemeliharaan

Mewartakan taman negara, hutan simpan dan taman marin
Menggunakan sumber tenaga alternatif
Mengawal kualiti alam sekitar
Mengitar semula

Langkah Pemuliharaan 

Penghutanan semula
Pemulihan sungai yang tercemar
Pemulihan kawasan bekas lombong
Pemuliharaan spesies haiwan yang terancam